Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

TEKNIK DAN STRATEGI MENJAWAB SEJARAH SPM 2022

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... 

Syukur sekolah cikgu SMK Tun Haji Abdul Malek terlah terpilih untuk mendapat sumbangan dari Management and Science University (MSU) bagi mengadakan Teknik & Strategi Menjawab Sejarah SPM 2022....Kami antara 2 sekolah negeri Melaka yang terpilih dan mendapat sumbangan dari pihak MSU. 

Yang lebih membahagiakan ramai murid yang hadir untuk mengikuti bengkel tersebut... walaupun kami adakan dalam dewan yang memuatkan 4 kelas ... tetapi nampaknya.. murid-murid terus bersemangat untuk mendengar perkongsian penceramah yang juga Ketua Jurulatih Utama Negeri Melaka dan juga merupakan JU Kebangsaan bagi mata pelajaran Sejarah.

Kami selaku guru-guru Panitia Sejarah sangat teruja dan bimbang dalam mengendalikan program tersebut dan akhirnya berjaya selesai dalam masa 4 jam ...iaitu 2 slot diadakan dan juga slot rehat yang diisi oleh team MSU.



Semoga anak-anak STHAM terus bersemangat dalam persediaan Percubaan SPM dan SPM sebenar. Kami ..guru-guru anda semua akan kekal bersemangat untuk membantu meningkatkan pencapaian dan membantu kamu semua lulus..SPM dan menggenggam sijil SPM kamu nanti.. Insya allah... doakan kami juga terus sihat dan bersemangat ya....


Tahniah semua....yang terlibat...


Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post