Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

APA ADA PADA NAMA???





Assalamualaikum...dan selamat sejahtera semua...yang dirahmati Allah....

Rasa CM nak berkongsi sedikit perihal nama ni... apa ada pada nama..???? 

Nama CM yang sebenarnya adalah Masrina Binti Muhamed ... jika dirujuk pada nama ini... tiada makna disebalik erti nama itu sendiri dalam Bahasa Arab yang bahagian Masrina tu...tapi CM tak pernah menyalahkan ibu bapa CM la... kerana semua tu.. mungkin tiada dalam perancangan nak merujuk nama atau bertanya...sesiapa masa tu... mungkin sekadar yang terlintas di fikiran...   Bila cerita tentang nama ni.. nama menggambarkan doa kepada kita ..insya allah... seperti sepupu CM... anak-anaknya cuma ada 4 huruf... contoh namanya... Afiq, Wafi, Anis, Wani, ....dan kesemuanya... memang 4 huruf..supaya kita panggil namanya tu penuh..tanpa apa-apa short cut... contoh nama Siti Nor Halimatussadiah di panggil Anje... (sekadar contoh yer... ) , Muhammad Aidil Ikhwan dipanggil Boboy.... contoh lagi... jadi... Dalam Islam juga menganjurkan pemilihan nama yang baik... kerana ia menjadi identiti kita yang dikenali...

Apa-apa pun berbalik kepada nama CM ni.... Bila mulanya dengan nama CM Kaizen ni...??? Apa maksudnya...? Cam nama Jepun...jer...

Nama unik ni bermula dari tahun 2000 ... CM memulakan kerjaya di RND, JVC Malaysia..sebagai seorang jurutera.. Jadi kerja di kilang Jepun yang terkenal dengan audio sistemnya tu... CM terpikat dengan satu perkataan... iaitu KAIZEN ... cara bacanya.. kena dengan penuh semangat.. KAIZEN!!! ... Apa maksudnya... ??? Ya..perkataan Kaizen itu sendiri adalah dari bahasa Jepun... 

Masa CM pilih perkataan ni..takde pulak CM rujuk Kamus ke apa ker.... apa tah lagi kamus Bahasa Melayu ketika tu..sekadar suka dengan perkataan tu... Jika dirujuk dari Kamus Bahasa Melayu.. Kaizen bererti "peningkatan diri yang berterusan demi mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dari semasa ke semasa dalam segala usaha yang dijalankan..." ...panjangkan...maksudnya...


Mari kita mulakan .....dengan simbol Kanji Jepun ni... 

Kanji ialah set simbol logografik daripada tulisan Cina, dan ia membentuk sebahagian besar sistem tulisan Jepun (selain skrip fonetik hiragana dan katakana). Jadi, dalam mempelajari maksud kaizen, adalah penting  kita tahu bahawa ia terdiri daripada dua simbol Kanji: 'Kai' dan 'Zen.'


Jadi Apa itu Kaizen?

Adakah kaizen hanya bermaksud Perubahan (Kai) + Baik (Zen)…atau adakah ada makna yang lebih dalam?


Apabila CM mula menyiasat @belajar bahasa Jepun dulu (dah hilang buku-buku rujukan ni...) , CM dapati bahawa dua simbol kanji "kaizen" bermaksud "Ubah + Baik." Tetapi apabila CM mempelajari lebih lanjut tentang binaan simbol kanji dan bagaimana ia digabungkan bersama untuk membuat simbol lain, CM baru sedar bahawa makna perkataan "kaizen" ini adalah lebih luas. Malah ada juga menggunakan Kaizen ini dalam bisnes, dalam filosopi... dalam 5S... tu pun ada di kilang-kilang Jepun masa tu... 


Boleh CM rumuskan di sini "KAIZEN"  itu adalah lebih daripada menambah baik sesuatu proses! Ini tentang memperbaiki diri kita sendiri.... 


Atas asbab itu... CM memilih perkataan Kaizen tu... tahun 2000, CM bukan seorang guru... jadi CM Kaizen... adalah membawa kepada Che Mas Kaizen...

Sekarang 2014-sekarang.... CM seorang guru..makanya... CM Kaizen... adalah Cikgu Mas Kaizen ....


Sekian...perkongsian...nama yang bukan sekadar nama...tetapi ia jelas menunjukkan semangat...dan sentiasa mencari perubahan yang baik...supaya perubahan itu sentiasa berterusan ke arah kebaikan.... insya Allah.... 


Apa yang baik itu dari Allah... kekurangan diri saya.... mohon doa kalian semua... CM kekal bersemangat... menjadi khadam ummah.... 


Sekian...terima kasih...


p/s : Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian CM ni... membaca itu amalan mulia...



Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post