Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

KEMBARA SENI STHAM KE KUALA LUMPUR (ASWARA, ISTANA BUDAYA & KLCC)



Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera... baru-baru ni CM siapkan laporan yang juga terbengkalai ... banyak hutang laporan yang CM siapkan semasa cuti penggal 2 ni... tentang lawatan yang telah diadakan pada bulan Oktober 2022...akhir bulan Okt tu... kemudian disambut dengan pelbagai program sekolah dan peperiksaan Percubaan SPM (UD 3) dan peperiksaan Pentaksiran Ting 4...

Masih rasa lagi keseronokkan mengiringi murid-murid dalam program ni... Banyak pihak yang terlibat.. rujuk ler laporan yang CM dah sediakan tu...tapi sebenarnya... kalau nak cerita..panjang ya amat!!! memang best la... tak sempat lagi CM sediakan video ... maklum ler..sehari lepas balik dari KL ni... CM terlibat dengan program / lawatan SLEEPOVER@THEMUSEUM  MUZIUM HANG TUAH CENTRE, KAMPUNG DUYONG, & LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE A FAMOSA DAN BUKIT ST. PAUL, MUZIUM RAKYAT DAN MUZIUM SEJARAH, BANDA HILIR, MELAKA

Kenapa yer laporan CM terbengkalai...???? sebabnya... nak siapkan penandaan percubaan SPM ting 5 (UD 3 ) dan nak siapkan laporan Postmortem bagi Panitia Sejarah ...  memang suka sangat buat kerja data-data ni... selalu CM tawarkan diri untuk siapkan bahagian tu.. bagi memudahkan urusan Ketua Panitia Sejarah di sekolah ... KP sejarah boleh planning program yang seterusnya yang akan berjalan selepas cuti sekolah ni... begitu la... insya allah selagi ada kelapangan ini... CM akan bantu memudahkan urusan sesiapa di sekeliling CM.. bukan apa.. sekadar nak jadi manusia pemberi manfaat kepada orang lain... ataupun CM gelar sebagai khadam ummah... 


Lagi satu ... gambar brosur di atas tu semasa makluman pengiklanan kepada murid-murid yang ingin menyertai lawatan.. Lawatan ke KLCC tak termasuk Dewan Philharmonic kerana sebelum lawatan dimaklumkan dewan digunakan untuk persediaan dan latihan program mereka. Jadi acara bebas lawatan di KLCC, solat dan makan malam. Yang penting semua selamat...syukur...


Apa-apa pun kita kongsikan apa yang ada dulu... yer... seterusnya..to be continued... Kesian..pada anak-anak dalam program ke KL ni... belum sempat CM sediakan video ... insya allah doakan cikgu diberi kelapangan dan kemudahan yer.. anak-anak...for now... asta la vista


Boleh juga rujuk gambar2..yg CM dah compilekan dalam slide di bawah... untuk kenangan sendiri... sebenarnya..memang banyak sungguh gambar kenangan kami.. cuma yang ni CM masukkan ke dalam laporan.... serta gambar slide ..nanti ada kelapangan nak upgrade jadi video.. insya allah...


KEMBARA SENI STHAM KE KUALA LUMPUR (ASWARA, ISTANA BUDAYA & KLCC) by MASRINA BINTI MUHAMED Moe


LAPORAN : 

KEMBARA SENI STHAM  KE KUALA LUMPUR (ASWARA, ISTANA BUDAYA & KLCC)


 

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post