Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

SLEEPOVER@THEMUSEUM MUZIUM HANG TUAH CENTRE, KAMPUNG DUYONG, & LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE A FAMOSA DAN BUKIT ST. PAUL, MUZIUM RAKYAT DAN MUZIUM SEJARAH, BANDA HILIR, MELAKA





Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera... baru-baru ni CM siapkan laporan terbengkalai tentang lawatan yang telah diadakan pada bulan Oktober...akhir bulan Okt tu... kemudian disambut dengan pelbagai program sekolah dan peperiksaan Percubaan SPM (UD 3) dan peperiksaan Pentaksiran Ting 4...

Masih rasa lagi keseronokkan mengiringi murid-murid dalam program ni... Banyak pihak yang terlibat.. rujuk ler laporan yang CM dah sediakan tu...tapi sebenarnya... kalau nak cerita..panjang ya amat!!! memang best la... CM sempat juga sediakan video ...

Kenapa yer laporan CM terbengkalai...???? sebabnya...masa buat laporan ...dok excited nak buat video pulak....tu pun baru part 1 dan part 2... dah pula... banyak tugasan lain...tapi jika diberikan kelapangan nak juga CM masukkan dalam ni nanti sebagai kenangan sebenarnya... buat CM dan anak-anak yang mengikuti Sleepover@themuseum ni... 

Apa-apa pun kita kongsikan apa yang ada dulu... yer... seterusnya..tu be continued... 


LAPORAN : 

SLEEPOVER@THEMUSEUM MUZIUM HANG TUAH CENTRE, KAMPUNG DUYONG, & LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE A FAMOSA DAN BUKIT ST. PAUL, MUZIUM RAKYAT DAN MUZIUM SEJARAH, BANDA HILIR, MELAKA



VIDEO pun CM kongsikan di sini yer... video-video yang akan diupdate untuk bahagian ni,,pun akan beransur-ansur CM tambah ...untuk rujukan akan datang... sebenarnya lebih kepada kenangan sendiri...

Sleepover@themuseum Hang Tuah, Duyong, Melaka [Part 1]




Sleepover@themuseum Hang Tuah, Duyong, Melaka [Part 2 ]


 

simpan sini sebagai kenangan.... masa CM dapat jer peluang untuk adakan kolaboratif dengan Unit Sains Sosial, JPN Melaka ni... terus CM buat iklan ni... dan dalam masa 2 jam...penuh la..link google form untuk ikuti lawatan... siap ada back up lagi kalau-kalau ada murid yang tarik diri...

Lupa nak cerita....dapat tawaran macam ni la.. masa sedang siapkan kerja/tugasan sekolah.. ada iklan lalu lalang dalam group telegram sejarah ... untuk program ni..terus sambar..dan contact owner pm tersebut... tu namanya rezeki... sebab nampak peluang dan ruang di depan mata... memang betul-betul depan mata la..sebab sedang hadap lappy... hari macam ni la..pagi ahad... pagi la..masa tu jam 9.35 pagi cam tu...

Iklan lawatan pada murid-murid : 

Terima kasih kepada wakil Unit Sains Sosial, JPN Melaka, Pn Khadijah Binti Ahmad kerana kongsikan peluang ini kepada 2 sekolah terawal yang ambil peluang untuk menyertai Program tersebut..


Memang CM recommen la..mana-mana guru tak kira la..guru sejarah ke....atau bukan... bawa la..anak-anak murid kita rasai peluang yang  ulung kalinya... bermalam..di muzium... insya allah selamat.. dan memang menyeronokkan... CM pun ikut sama ..dapat pengalaman seumur hidup dalam 4 series ni baru ada peluang macam tu... betul-betul port tempat tidur..CM tepi bahagian display dalam muzium tu,,

tak nak cerita detail-detail... korang pergi la.. sini.. MUZIUM HANG TUAH CENTRE, KAMPUNG DUYONG   dan share pulak pengalaman ngan CM nanti ya... 

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post