Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

ANALISIS KERTAS 2 TRIAL SPM SEJARAH - SUATU PERKONGSIAN AMALAN BAIK#1

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Salam Kaizen!!  



Memandangkan CM sibuk sediakan slaid untuk Postmortem Sejarah Percubaan SPM di sekolah... (pssss....CM bukan Ketua Panitia yer... CM membantu dari bahagian data dan memudahkan ahli-ahli panitia sendiri... sebab CM suka bab data-data ni...rakan-rakan panitia telah kongsikan semua data untuk di "compile" / susun oleh CM) nanti free-free CM share slaid yang dah siap di sini.. bukan apa..untuk rujukan bagi yang perlu.... 

Jadi hari ni CM nak kongsikan analisis Kertas 2 dan CM jadikan 3 kelas ting 5 yang CM ajar sebagai contoh analisis. Selepas selesai Ujian Diagnostik 3 pada bulan November 2022 yang lepas, CM mula menanda skrip jawapan pelajar dan selesai menanda untuk memudahkan pengiraan, CM sediakan satu template khas untuk pengiraan markah dan merangkap analisis untuk kegunaan sendiri dan kongsikan kepada anak-anak murid melalui telegram kelas mereka. 

Analisis Kelas 5 Alpha

Analisis Kelas 5 Zeta

Analisis Kelas 5 Lambda


Bagi yang ingin gunakan template berikut, CM kongsikan..dan rakan-rakan boleh download di SINI.

Dan sila ikuti rujukan ini untuk mendownload template tersebut.

1. Klik FILE di sebelah kiri bahagian atas, dan pilih "Download" - untuk memudahkan editing pilih download sebagai Microsoft Excel (.xlxs)





3. Anda telah berjaya memuat turun file template tersebut ke komputer/laptop anda.


Dengan template mudah yang CM bina sendiri mengikut soalan dan markah kertas soalan boleh edit template tersebut dengan pengetahuan excel yang asas sahaja. Markah terus dikira secara auto kerana CM dah letakkan formula mudah pengiraan markah. Rakan-rakan yang berminat nak guna boleh cuba dan cuba sesuaikan dengan mata pelajaran masing-masing jika mengajar selain mata pelajaran sejarah Ting 4 atau 5.


Ini memudahkan CM mengenal pasti markah yang dijawab bagi setiap soalan...dan dari situ juga CM dapat mengenal pasti pelajar yang dapat menjawab setiap soalan KBAT dengan baik atau tidak. Selain itu, CM dapat mengenal pasti soalan yang kurang dikuasai oleh murid dan dapat membincangkan soalan tersebut dan meminta murid menyiapkan pembetulan.


Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post