Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

ASSALAMUALAIKUM...SALAM PERKENALAN .... BERMULA TAHUN 2023...

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Salam perkenalan kepada pembuka tahun 2023... saya CM Kaizen... atau nama sebenarnya... Masrina Binti Muhamed.... Saya merupakan seorang guru tetap...baru 9 tahun sebagai guru tetap... di SMK Tun Hj Abdul Malek, Melaka... sebelum itu... CM adalah guru kontrak.. atau dipanggil GSTT , Guru Sandaran Tidak Terlatih... dan setelah menyambung DPLI di UPSI di bawah biasiswa KPM... maka CM meneruskan kerjaya sebagai guru... Sekarang CM mengajar mata pelajaran sejarah... sebelum ni.. pernah mengajar Kemahiran Hidup, kemudian RBT.. seterusnya Matematik tingkatan 5 ..dan Matematik Tambahan Ting 4 dan 5 ..sebelum CM bertukar untuk mengajar mata pelajaran sejarah... Kenapa...???? mesti pelikkan...???

Sebab... nya... kenapa beralih kepada mata pelajaran sejarah... adalah kerana.. berbalik kepada niat.. semasa awal-awal..sebelum menjadi guru... setelah 7 tahun di RND, JVC.. ada diperkenalkan .. Voluntary Separation Scheme (VSS)... jadi satu pagi tu... memang pukul 1 pagi la...sebab kerja ni.. bila ada waktu peak hours..memang kami akan bertugas untuk selesaikan tugasan secara berkumpulan... semasa mengadap tugasan melukis Schematic / lukisan litar .. CM terfikir... "Kalau la... aku ni di sekolah..mungkin boleh lahirkan lebih ramai... Engineer ... bukan la..aku sorang jer yang berjaya capai cita-cita ni ", atas asbab itu..juga CM pun terus mohon VSS ...dan setahun selepas melahirkan anak ke-3...CM mohon untuk menjadi guru GSTT di Melaka... 

Jadi ..kenapa pula guru Sejarah...? mungkin terdetik di hati semasa ditanya senior CM di sekolah yang sama ni..."Kenapa cikgu nak jadi cikgu dulu...? " CM cuma balas kerana nak bantu anak-anak ni capai cita-cita..lulus dan melahirkan bakal engineer..... "Ajar la sejarah...", kata senior ni lagi... boleh bantu mereka lulus... sejarah ni wajib lulus... Dan ramai antara murid-murid kita ni gagal sejarah... Kelas yang ambil matematik tambahan tak banyak...cuma 3 kelas hadapan masa tu... dan ada 10-13 kelas lagi di ketika itu yang mengambil sejarah...ramai pula gagal sejarah....Jadi beliau telah berbincang dengan pentadbir dan CM mula mengajar sejarah... sejarah SPM CM pun A ...jadi bersemangat la..CM ajar sejarah ni... Malah CM telah dapat mengubah "tagging" kepada sejarah...tak silap nya dalam tahun 2021..setelah 6 tahun mengajar sejarah... 

Itu la..sedikit sebanyak sejarah perkhidmatan...CM... selama..baru 9 tahun ni... baru sedikit pengalaman yang dikutip ... dalam perguruan.. insya Allah kekal bersemangat... kerana di RND dulu pun..CM baru berkhidmat 7 tahun... dan kemudian bergelar GSTT selama 4 tahun...seterusnya... menyambung DPLI selama setahun setengah.... perjalanan dalam mengutip pengalaman...jika dipanjangkan umur... kekal menjadi khadam ummah.... gelaran yang CM pilih sendiri untuk diri ini.... dan bertemu lagi dalam perkongsian berikutnya... 

Boleh juga rujuk nukilan CM ni...... Apa ada pada nama..???? CM Kaizen... apa tu..??? 
Jumpa lagi....




Terima kasih membaca,,,,

Membaca pintu ke arah... gerbang ilmu...

p/s : Sekadar perkongsian pengalaman...ya..


Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post