Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

POSTMORTEM TRIAL SPM SEJARAH - PENGGUNAAN KOD WARNA DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK - SUATU PERKONGSIAN AMALAN BAIK#3

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Salam Kaizen!!  

Tajuk ni kalau tenung-tenung... boleh jadi kajian tindakan..untuk 2023 ni... tiba-tiba nampak tajuk macam kajian tindakan pula....

Baik.... berbalik kepada perkongsian....

Sedang semangat tentang postmortem ni... mari CM kongsikan... sesuatu... amalan ni dah diteruskan oleh CM dan rakan-rakan sekolah sejak dikongsikan oleh mantan Pengetua sekolah CM yang dulu iaitu En Ramli Bin Abdullah... beliau bawa perkongsian yang digunakan ini dari sekolah SBPI di mana beliau bertugas dahulu....jadi sejak tahun 2016 ..gigih la..CM beri warna pada anak-anak murid kelas sendiri... walaupun CM mengajar sejarah sahaja...tetapi CM juga kadang-kadang dapatkan kod warna dari S/U peperiksaan dan Ustazah Mazni dah memang siap-siap buatkan kod warna....


Kenapa Kod warna...? kerana warna juga memainkan peranan dalam hidup rujuk pembacaan di sini.... WARNA DAN PSIKOLOGI   


Jadi sedikit perkongsian....



Bila lihat warna biru...menunjukkan pelajar yang cemerlang...bagi Gred A+ , A dan A-




Warna hijau untuk B+ dan B




Warna kuning untuk C+ dan C





Warna jingga/oren untuk D dan E





serta warna warning....!!!! iaitu warna Danger ---- Warna merah....



Jadi bila dikongsikan kepada pelajar dapat la..kita lihat peningkatan dan tahap mereka..dengan melihat kepada kod warna sahaja....


Jadi jika ada markah dan kod warna ini akan membantu melihat peningkatan pelajar dengan merujuk kepada warna tersebut... Jika BIRU maka...senang lah hati guru.... kita terus doakan anak murid kita terus berusaha mencapai kejayaan..




Ini juga penting bagi melihat di bahagian mana atau mata pelajaran mana yang perlukan penambahbaikan atau penekanan... semasa murid belajar.... Jika dikongsikan kepada murid-murid... mereka nampak bahagian mana yang perlu diberi penekanan dan tambahkan latihan... 

Begitu juga dengan guru-guru mata pelajaran yang nampak MP nya warna merah... akan membantu pelajar tersebut...untuk memastikan... mereka menguasai semua MP dengan kata lain...nak semua subjek lulus... kerana pelajar tersebut ada potensi... kerana dapat pick up subjek-subjek lain... 





Jika nampak data yang begini... terpulang pada cikgu-cikgu nak rasa panik atau rasa nak membantu lagi murid tersebut... Jika berlaku begini... cuba kita lihat dengan mata hati.....yang penting... Jika murid ini lulus Bahasa Melayu... makanya guru Sejarah sila...tingkatkan usaha anda untuk membantu murid ini kerana... pentingnya lulus BM dan Sejarah... dan mata pelajaran yang boleh lulus yang lain akan dapat dimasukkan dalam sijil SPMnya nanti...






Sekian,
Semoga perkongsian kali ni beri manfaat kepada rakan-rakan pembaca...



membaca itu amalan mulia... coretan ini sekadar perkongsian dari CM... melalui pengalaman sendiri... apa yang baik datang dari ajaran..rakan-rakan guru CM sendiri.... apa yang kurang datang dari kelemahan sendiri... insya Allah CM akan perbaiki dari semasa ke semasa....


Akhir kata,....

Salam Kaizen!!!!! Means Continuous Improvement..










Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post