Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

SISTEM BERSEPADU KPM (MOEIS)

 



Untuk rujukan CM dan rakan-rakan....


Cara Log in ke Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Menggunakan ID Pengguna idMe


Untuk makluman semua, warga KPM dikehendaki mempunyai ID pengguna untuk pelaksanaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS). Bagi memastikan sistem ini dapat diakses, setiap guru perlu mendaftar idMe bagi mendapatkan ID pengguna individu.

Bagi yang masih belum mendaftar, anda boleh merujuk panduan dan penerangan lanjut dalam artikel ini.


Apakah Sistem Bersepadu (MOEIS) KPM?

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Transformasi ICT (ITP) 2019-2023 KPM pada Januari 2019 bagi menyokong visi KPM dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta menjadi sumber rujukan utama dalam membuat perancangan keperluan ICT KPM.


Salah satu daripada inisiatif ICT yang telah digariskan dalam ITP KPM ialah pelaksanaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) yang meliputi pembangunan semula sistem yang bersepadu merangkumi sistem pengurusan murid, guru dan institusi pendidikan.




Setiap pengguna MOEIS perlu mempunyai ID pengguna secara individu. Ini adalah atas faktor keselamatan bagi mengelakkan penyalahgunaan ID pengguna. Oleh itu, penggunaan atau berkongsi ID tidak lagi dibenarkan.


Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar dan membuat kemaskini maklumat pengguna melalui Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)


Tarikh Pendaftaran ID Pengguna idMe

Semua GURU dikehendaki mendaftar SEBELUM 2 Januari 2023 (Isnin).


Cara Pendaftaran idMe

Sistem Pengurusan IDentiti (idMe / IDMS) akan menjadi repositori (pusat pengkalan data dan sistem, pusat menyimpanan) utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam. 

Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem.


Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang akan membolehkan semua sistem membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.


Cara Pendaftaran idMe Untuk Mengakses MOEIS


Cara Pendaftaran idMe Untuk Mengakses MOEIS


  1. Layari pautan https://idme.moe.gov.my/login dan masukkan ID Pengguna.
  2. Klik butang Daftar Masuk
  3. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan di medan yang disediakan
  4. Klik butang Daftar Masuk
  5. Klik Daftar Baru untuk pengguna yang tidak mempunyai akuan.


Daftar Baru untuk pengguna yang tidak mempunyai akuan.
Kredit to : Rujukan dari Manual Pengguna - Pengguna Awam KPM


Cara Daftar Akaun Untuk Pengguna Baharu

  1. Untuk pengguna baharu yang belum mempunyai akaun, Klik Daftar Baru.
  2. Isikan semua maklumat di ruangan yang disediakan. Maklumat yang bertanda wajib untuk diisi.
  3. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan.
  4. Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna.


Cara Daftar Akaun Untuk Pengguna Baharu
Kredit to : Rujukan 1.3 dari Manual Pengguna - Pengguna Awam KPM


Nota : 

Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak e-mel untuk dapatkan default kata laluan. Kemudian log masuk sistem menggunakan default kata lalauan yang telah diberikan. Seterusnya pengguna perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baharu.


 Cara pengguna yang lupa Kata Laluan

Sekiranya anda lupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan.


  1. Masukkan alamat e-mel yang sah di medan yang disediakan.
  2. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan.
  3. Anda akan mendapat e-mel untuk penetapan semula kata laluan. Klik butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.”
  4. Sterusnya, masukkan maklumat e-mel, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.
  5. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang “Menetapkan Semula Kata Laluan” untuk teruskan proses.


Rujuk Gambarajah yang disediakan.

Cara pengguna yang lupa Kata Laluan Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)
Kredit to : Rujukan 1.2 dari Manual Pengguna - Pengguna Awam KPM




Sila rujuk Channel BPM/KPM untuk video-video berkaitan.

Sila lawati Channel You Tube BPM/KPM


Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : 

Untuk Muat Turun/Download Manual Pengguna klik DI SINI







Maklumat Lanjut Tentang Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Dan Pendaftaran idMe


Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS), 
sila kemukakan ke

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

No. Tel : 03-88843501

No. Fax : 03-88895244

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post