Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

JOM SERTAI CIKGU JUARA DIGITAL 2023

 



Assalamualaikum...dan salam Kaizen semua... lama tak menulis di blog ni...memandangkan CM dah selesaikan tugasan sebagai pengawas peperiksaan SPM 2022..maka CM terpanggil untuk perkongsian atau sedikit perkongsian dalam Misi Pencarian #CikguJuaraDigital2023 ni...


Kali ni nampaknya....CM ada sedikit masa terluang untuk melengkapkan borang penyertaan.... dan CM bersyukur dapat meletakkan diri antara Calon yang bakal terpilih...kata orang... bila dah hantar penyertaan maka 50% dah ada dalam tangan ( berbanding yang belum mula lagi kan) .... Menang atau tidak bukan Misi yang CM inginkan... CM lebih kepada penyertaan dan wakil negeri sendiri.... dan sebenarnya lebih nak lihat setakat mana kemampuan evidance yang telah CM sertakan...ia lebih kepada pencapaian Kendiri untuk tahun 2023 selepas segala evidance telah CM kumpulkan seawal tahun 2020 yang lepas dimana CM bermula sebagai team Akademi Youtuber dan banyak mengutip ilmu dan pengalaman bersama team AYU .... dari situ dari guru biasa dan tak punya apa-apa dalam bidang Youtube... 


Channel baru bermula -zero 



Usia Channel Youtube CMKaizen selepas 6 hari



----ini YT semasa pada 16/3/2023---



CM mengorak langkah pertama sebagai Youtuber...dan belajar membina content dari video-video menggunakan pelbagai aplikasi dan seterusnya...beri keyakinan kepada CM untuk membuat perkongsian...hingga perkongsian secara LIVE!!!


Semua ini tidak akan dicapai...jika CM cuma pandang...dan tiada kehendak untuk belajar sesuatu yang baharu... disebabkan masa CM belajar dulu tahun 2000 semua tu tidak digunakan secara meluas..maka pada abad ke-21 ini..CM terdedah dalam pendigitalan pendidikan... jadi CM memang bersyukur dapat menguasai sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan...


Dalam Kajian Tindakan pula... berbuih mentor CM memotivasikan CM ni untuk buat Kajian Tindakan...tapi CM tengok macam angin lalu jer.... ada la 2 tahun rakan dan mentor CM ni kerap memberi semangat dan berkongsi setiap perkongsian Kajian Tindakan... dan akhirnya...tanpa CM rancang... CM menulis kajian tindakan tersebut ---Kajian Tindakan CM yang pertama untuk penyertaan VIDEO PEMBENTANGAN SEDAR '22 SEMINAR DARULAMAN #kajiantindakan

dan penulisan Kajian tersebut telah memenangi antara 15 penyelidikan/Kajian Tindakan terbaik daripada beratus kajian yang ada.... sebenarnya bila menulis kajian tersebut... CM lebih kepada ingin membuat perkongsian secara penulisan menggunakan segala ilmu yang telah mentor CM curahkan... boleh lawati juga blog mentor CM yang hebat ni... https://www.sitikhalijah.com walaupun beliau amat muda berbanding CM yang dah lebih dari 90 bahagi 2 tu... ha..ha..ha... tapi semangat CM terus nak belajar dan belajar... cuma jangan minta CM sambung master atau PHD la..yer.... mungkin belum ada hidayah..untuk ke arah itu...


Panjang pula entry ni.... apa-apa pun CM bersyukur kali ini diberi ruang dan peluang dan CM dapat siapkan dalam tempoh masa yang diberikan... dan menyusun segala evidance yang ada .... untuk CM submit permohonan tersebut.... 





Doakan CM dapat meletakkan segala yang perlu dengan baik...apa-apa pun CM dah mewakilkan diri sendiri, sekolah....... dan antara wakil-wakil negeri Melaka


bagi rakan-rakan yang berminat... Ayuh.... masih ada masa untuk rakan-rakan... since permohonan ini bakal ditutup pada 30 Mac 2023.. Insya Allah sempat untuk rakan-rakan siapkan segala yang diminta dalam permohonan berikut... ( CM susun dalam 3 hari cam tu.. dan buat video 1 hari... edit dan cut sana sini..) --susun Resume ( 1hari )


ni CM sharekan link borang permohonan...


Terbuka kepada semua guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (MARA,KEMAS)

Hantarkan penyertaan anda untuk memenangi Anugerah #CikguJuaraDigital 2022 di sini bit.ly/BorangPenyertaanCJD2023

Kami mencari :

1. Guru prasekolah dan tadika

2. Guru sekolah rendah dan menengah 

3. Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan


✅ Mempunyai minat yang mendalam untuk transformasi bidang pendidikan melalui teknologi 

✅ Menggunakan Teknologi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah

✅ Menggunakan Teknologi Digital dalam Pentadbiran di sekolah (pentadbir)

✅ Konsisten terlibat dalam aktiviti peningkatan kemahiran dan berkongsi amalan terbaik dalam teknologi dan  pendidikan kepada rakan guru lain

✅Mengambil bahagian dlm program atau pertandingan berteraskan teknologi di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa

✅ Aktif di sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Website, Blog dan sebagainya melalui muat naik aktiviti berkaitan dengan bidang teknologi dan pendidikan



Dan boleh juga ikuti/dengarkan perkongsian wakil MDEC dan Juara Guru Juara Digital 2022 yang lepas dalam video ni..

🔴[LIVE] TAKLIMAT PROGRAM PENCARIAN CIKGU JUARA DIGITAL 2023 ANJURAN PGSM DENGAN KERJASAMA AYU




Yang baik-baik itu datang dari Allah.... dan CM dengan sedikit ilmu yang ada akan terus membuat perkongsian pada semua pembaca di luar sana... Doakan CM kekal bersemangat ya...



p/s : Lebih semangat bila bersua dengan anak-anak murid yang menjawab paper akhir...SPM 16/3/2023 pagi tadi di sekolah... cerianya mereka... Doakan mereka lulus dan berjaya mencapai apa yang mereka ingini... ya...bantu doakan sama tau....

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post