Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

KELEBIHAN PISANG BERANGAN @CAVENDISH

 


Assalamualaikum...dan Salam Kaizen.. semua... 

Selesai kelas tambahan tadi di sekolah... CM bukan nak cerita tentang kelas tambahan Sejarah (Kelas tambahan yang diadakan sempena cuti sekolah - Program Gilap Permata Siri 1 -Tingkatan 5 yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum sekolah CM)... 

Tapi CM puas hati juga dengan kehadiran murid-murid 5 Kappa yang hadir seramai 24/28 ke sekolah tadi untuk kelas tambahan Slot kedua (10.30 - 12.30 tgh)...

Teringat tahun 2018 dulu, CM terlibat dengan perbarisan Kadet bomba dan penyelamat sekolah negeri Melaka. Tahun tu sambutan Hari Kebangsaan di adakan dan Melaka menjadi tuan rumah sambutan hari tersebut. CM guru pengiring dan turut sama dalam perbarisan dan Lintas Hormat yang diadakan... makanya 3 hari latihan berbaris sejauh 2.4km diadakan dari Dataran Pahlawan ke Stadium Kubu Melaka. Setiap hari pula, sarapan kami mesti ada pisang berangan ni... dan kami makan jugalah apa yang diberi... dan pegang kepada pengetahuan masa itu, pisang bantu memberi tenaga "instant". Memang tak penat la...dalam latihan tu... sebab dah ada tenaga tambahan kan....


CM ingin kongsikan beberapa manfaat pisang berangan ni... since murid-murid banyak menggunakan tenaga...lebih-lebih lagi mereka banyak aktiviti yang perlu mereka hadiri..malah ada antara mereka yang bekerja secara sambilan...dan CM lihat ada yang keletihan tidak cukup tidur atau rehat....


Tapi kenapa pisang...? 

Ada beberapa kebaikan pisang ini yang antaranya memberi tenaga secara berterusan , membantu otak lebih cergas dan juga membantu meningkatkan peredaran darah.


Apa kandungan yang ada dalam pisang...???? banyak betul khasiat pisang ni..

boleh BACA DI SINI   dan baca juga DI SINI  perkongsian yang CM baca..sebenarnya banyak lagi artikel berkaitan pisang berangan ni...malah ada yang memasukkan pisang dalam diet masing-masing. Ini juga boleh dibaca oleh semua iaitu pisang antara buah di syurga. Apa-apa pun makan la dengan berpada-pada ...

Semoga bermanfaat untuk anda semua... 


Note : 

Rakan-rakan yang ada kelas penuh pada waktu pagi..boleh la..bawa pisang sebagai bekal dan murid-murid juga boleh amalkan pisang  untuk dapatkan tenaga yang berterusan.. lebih-lebih lagi semasa belajar ni..



Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post