Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Pengerusi Teknik & Setiausaha Pembangunan Bakat Murid Negeri Melaka


Pegawai Teknikal/ICT Temasya Bahasa Sesi 2023


Assalamualaikum dan Salam Kaizen diucapkan buat semua pembaca... selamat bercuti juga hari ini --cuti sempena Wesak dan sambutan Hari Bomba Sedunia... 

CM nak ucapkan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada urusetia daripada Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Pengerusi Teknik & Setiausaha Pembangunan Bakat Murid Negeri Melaka bertempat di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka pada 3 Mei 2023.

Seramai 239 orang guru terlibat mewakili bahagian masing-masing seperti 

PENGERUSI TEKNIK BIDANG STEM 2023

KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL 2023

KETUA PEGAWAI TEKNIKAL INOVASI MELAKA

PEGAWAI TEKNIKAL ICT STEM MELAKA ( CM salah seorang tersenarai di sini )

KETUA PEGAWAI TEKNIKAL PROGRAM PENGGALAKAN STEM MELAKA

PENGERUSI TEKNIK KESENIAN 2023

PENGERUSI TEKNIK BAHASA 2023 ( CM juga salah seorang yang tersenarai di sini )

PENGERUSI TEKNIK PEMBANGUNAN SUKAN TAHUN 2023

SETIAUSAHA SUKAN MSS MELAKA 2023

Semoga guru-guru yang diberi tanggungjawab di atas dapat meningkatkan kemenjadian murid serta mencungkil bakat murid dalam memastikan 6 aspirasi murid dapat dicapai 


serta memastikan murid-murid mencapai konsep ABC iaitu "Anak yang Baik lagi Cerdik" khasnya di negeri Melaka. Konsep ini diilhamkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali yang menyatakan konsep ini adalah untuk mendidik murid tersebut itu menjadi anak yang baik lagi cerdik.

Konsep ini juga adalah selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.



Ketua Kami dalam Temasya Bahasa En Khairiman Bin Khazali , Penolong Pengarah JPN, Melaka




Team Drama Bahasa Melayu Temasya Bahasa 2023





Penerimaan Sijil Lantikan 




Penerimaan Sijil Lantikan 







PENGERUSI TEKNIK BIDANG STEM 2023

KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL 2023

KETUA PEGAWAI TEKNIKAL INOVASI MELAKA

PEGAWAI TEKNIKAL ICT STEM MELAKA

KETUA PEGAWAI TEKNIKAL PROGRAM PENGGALAKAN STEM MELAKA








Semoga kita semua dalam mengembleng tenaga serta bekerjasama dalam memajukan bidang pendidikan serta meningkatkan pencapaian murid dalam negeri Melaka hingga ke peringkat kebangsaan... Insya Allah...

Salam Kaizen semua...!!!!

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post