Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

SELAMAT BERSARA TUAN HAJI BAHARI !!!!

 

Assalamualaikum.. dan Salam Kaizen semua....
Akhirnya tiba hari yang dinantikan Tuan Haji Bahari -- hari yang menggembirakan bagi beliau, isteri serta keluarga, hari persaraan beliau dan sambutannya telah diadakan pada Jumaat 12 Mei 2023. Tuan Haji Bahari, Permata kami yang selalu membantu rakan guru dan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tun Haji Abdul Malek ini bakal menjalani hari persaraan beliau dengan tenang.... 

Hari ini CM ingin berkongsi catatan serta rahsia kata-kata keramat yang telah beliau sampaikan kepada CM 9 tahun yang lalu.... tersemat dalam ingatan dan menjadi amanah yang dibawa sehingga ke hari ini insya allah...

Seawal CM di sekolah ini dahulu, CM mengajar subjek Kemahiran Hidup, Matematik serta Matematik Tambahan Ting 5... tetapi apabila ditanya oleh beliau kenapa CM menjadi guru...CM katakan antara sebabnya adalah untuk membantu pelajar lulus dalam SPM serta dapat mencapai cita-cita mereka...

"Kalau cikgu nak bantu pelajar lulus.... sekarang ramai pelajar yang gagal sejarah... Murid yang gagal sejarah ..jauh lebih ramai berbanding murid yang gagal matematik tambahan... sebab tak ramai yang mengambil MP Matematik Tambahan"..

Jadi kenyataan Tuan Haji pada hari itu telah mengubah persepsi dan pendirian CM... dan CM telah bertukar ke bidang kemanusiaan dan memohon untuk mengajar mata pelajaran Sejarah... bagi CM pada masa itu dan kini... pegangan CM, kami perlu bantu seramai mana murid untuk lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM... malah CM juga telah berjaya mendapatkan 'tagging' MP sejarah ... 

Seterusnya CM ikuti kumpulan Sejarah Tuan Haji..selama CM berkhidmat... dan kumpulan panitia kami bergembleng tenaga membantu peningkatan pencapaian akademik MP Sejarah di sekolah kami...





CM simpan beberapa gambar dari beratus-ratus gambar yang dirakamkan pada hari kejadian untuk kenangan CM... Tuan Haji dengan nasihatnya selaku ketua.... keramahannya..kebaikkannya... kesederhanaannya....kecekapannya... ketegasannya akan CM ingati dan CM amat bersyukur mengenali insan hebat ini....



Salah seorang bekas anak murid CM dan juga anak murid Tuan Haji Bahari semasa Ting 6 bakal menjadi guru tidak lama lagi...selepas menyiapkan tugasan praktikum tak lama lagi...





                                           terima kasih kepada team Brosur Persaraan Tn Hj Bahari

Selamat Bersara Tuan Haji... Semoga Haji Bahari diberi ketenangan sepanjang persaraan beliau dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.. Semoga selalu dalam lindungan Ilahi... Semangat Haji insya Allah sentiasa bersama kami....


p/s : Artikel ini ditulis pada 12 Mei 2023 dan release pada 15 Mei 2023...

Selamat Hari Lahir Hj Bahari (15/5/1963) ... semoga diberi kesihatan dan keberkatan dalam setiap urusan Hj.. moga berbahagia di dunia dan akhirat...

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post