Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

SLAID PENERIMA ANUGERAH SPM 2022

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...salam Kaizen...!!! Means continuous Improvement... Lately..CM dilambakkan dengan kesibukan dunia... ewah... kesibukan kelas dan kesibukan tahunan semasa keluarnya result SPM 2022... 

CM nak juga coretkan dalam catatan kemenjadian pelajar-pelajar yang CM sayangi... tahniah kepada semua pelajar STHAM...dan calon-calon SPM batch 05 yang insya allah sudah mendapat tempat ke mana-mana IPTA , institusi... dan Pengajian Tingkatan 6. Bagi yang belum mendapat sebarang maklum balas...terus untuk buat rayuan ya... ataupun terus "walk in" ke mana-mana institut untuk bertanya lebih lanjut. Chaiyok...Chaiyok...


24 Jun 2023 sempena Mesyuarat PIBG kali ke-45 dan Majlis Apresiasi pelajar Tahun 2022, CM ditugaskan untuk bahagian montaj dan slaid2 berkaitan penerima anugerah... dan CM memang menunggu-nunggu tugasan ini... supaya CM dapat men"design" slaid yang comel2..untuk murid-murid kesayangan dengan menggunakan bantuan canva... Gambar yang CM ada ..gambar yang CM minta dari murid sendiri... membuatkan CM nak sangat2.. siapkan slaid akhir untuk murid2... sebelum mereka meninggalkan STHAM dan jadikan kenangan...

maka siap lah..slaid ni dalam masa seminggu .... dalam kesibukan minggu tersebut...

Apa yang lebih menjadikan CM lebih syahdu....anak-anak ini yang memecah rekod sejarah CM sendiri... datang dari kelas sejarah CM iaitu kelas 5 Alpha dan kelas 5 Zeta ... tahniah atas pencapaian kamu... cikgu amat tak sangka... hebatnya kamu semua... kamu semua dah tunjukkan yang terbaik... cikgu doakan kamu terus maju jaya... dalam apa saja bidang yang kamu ceburi... SPM ini baru permulaan ke gerbang pendidikan seterusnya... ambillah aura positif cikgu sebanyak yang kamu mampu... moga kamu menjadi kebanggaan... ibu ayah keluarga, rakan taulan..masyarakat serta negara pada masa akan datang.... Aminn....


KEPUTUSAN SPM 2022 by MASRINA BINTI MUHAMED Moe


Mana-mana yang tak bagi cikgu gambar.. cikgu dah skodeng gambar korang kat social media.. dan ada yg cikgu letakkan logo sekolah jer... moga jadi motivasi buat anak-anak calon SPM di luar sana...khususnya adik2.. yg bakal mengambil SPM pada tahun2 akan datang... Jom kita fikirkan luar biasa... demi pencapaian yang luar biasa....


Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post