Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Salam kaizen semua...!!!
Sejak dapat message dari GKMP Kemanusiaan semasa bertugas menjaga teknikal mesyuarat PIBG dan Apresiasi Pelajar pada 24 Jun 2023 yang lepas... CM dah siapkan semua yang difikirkan sesuai dan menjawab segala persoalan dalam message tersebut...
Message tercatat:-
Di mohon GKMP dan KP Bidang Kemanusian/Sains Sosial dapat menyediakan perkara berkaitan..
1. Analisis peperiksaan SPM 2022 (Tapak JPN) ✅
2. Mengenalpasti calon SPM 2023 mengikut kategori murid Cemerlang, Lulus dan Potensi (berdasarkan PAT T4 dan / UD1 T5 (jika ada) ✅
- nama murid ✅
- markah/gred ✅
3. Sasaran SPM 2023 dan GPMP ✅
4. Kekuatan dan kelemahan guru/murid ✅
5. Intervensi mengikut kumpulan sasaran murid ✅
6. Analisis trend 5 tahun SPM ✅
7. Analisis SES (Status Sosioekonomi)/Gender (L/P) ✅
8. Perkara lain yang berkaitan
Terima Kasih 💐💐💐
Insya allah semua dah CM siapkan...demi membantu Panitia dan KP sejarah yang CM sayangi... semoga dipermudahkan urusan kami dalam membantu kemenjadian calon SPM Batch 06
Untuk makluman rakan-rakan guru, murid dan pembaca... SES - adalah Analisis berdasarkan Status Ekonomi :
PETUNJUK SES
SES RENDAH – PENDAPATAN BERKAPITA KURANG DARIPADA RM632
SELAIN SES RENDAH- PENDAPATAN PERKAPITA MELEBIHI RM632
Pada asalnya..fahaman CM silap kerana mengira SES berdasarkan kategori B40. Selepas menerima penerangan dari pihak SISC+ maka tahun ini datanya adalah seperti yang telah difahami...dan ia didapati dari sumber APDM (berdasarkan pendapatan perkapita keluarga )--syukur juga tahun ni CM dapat jadi team APDM .. memudahkan segala urusan data... di hujung jari..
CM sangat berterima kasih atas segala tunjuk ajar pembimbing SISC+ Unit Sains Sosial yang datang memberi tunjuk ajar dan berkongsi idea selepas calon SPM Batch 05 (SPM 2022) menduduki Ujian Diagnostik 3 (percubaan SPM) ... idea yang bermanfaat telah kami jalankan.. dengan pecahkan kepada kumpulan pelajar mengikut color code pencapaian masing-masing untuk jalankan Intervensi fokus kepada pencapaian mereka.
Jadi, bila sekolah kami didatangi SISC+ maka kami bersedia...semoga kali ini mendapat idea yang lebih mantap dalam membantu pencapaian anak didik kami di STHAM....
Salam kaizen semua...jom terus jalan ke depan....