Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 66 & HARI MALAYSIA KE 60 PERINGKAT SEKOLAH SMK TUN HAJI ABDUL MALEK TAHUN 2023

 



Assalamualaikum...dan Salam Kaizen semua...!!!

Lama juga tak menulis dalam blog Kaizen ni... rasa kesibukan dah bermula seawal Ogos yang lepas.. dan banyak sangat yang CM nak kongsikan..insya Allah menyusul back dated nanti... semua untuk tatapan sendiri, rakan-rakan...dan keluarga khasnya... sebagai kenangan...


Hari ini CM siapkan satu laporan yang CM masukkan dalam SITE Panitia Sejarah sekolah CM dan rasa bahagia sebab dah selesai... dan yang paling bahagia CM dapat buat seperti yang CM rancang... CM dan rakan merupakan AJK Dokumentasi..dan CM pula ada cabaran yang lain.. walaupun tidak berapa mencabar cabaran tersebut.. dan tidak boleh dijadikan alasan.... Microsoft 365 CM tamat tempoh... dan CM gunakan secara online...tapi kena sentiasa ada internet... dan tu semua menurunkan motivasi CM untuk menyiapkan tugasan... ditambahkan lagi dengan urusan-urusan persediaan Trial SPM... jadi tertangguh-tangguh urusan laporan tadi...he..he.. ( alasan...)


Jadi semalam...dah selesai urusan download dan setting Microsoft 365 dalam laptop makanya dengan penuh semangat CM siapkan laporan yang terbengkelai..lepas...program tu 15 September... ni dah hampir 3 minggu kiranya...tertangguh,,,, dalam masa yang tertangguh tu..dapat pula CM jadi guru pengiring lawatan ke Kuala Lumpur... tu pun CM belum siapkan laporannya..walaupun takde sesiapa yang suruh... CM akan buat juga untuk laporan sendiri... sekurang-kurangnya.. boleh dijadikan rujukan ker.. sebagai kenangan murid-murid yang sertai lawatan tu... dan..untuk alasan...apa-apa ajer alasan...lagi laporan Bermalam di Muzium....ha..ha..ha... pun takde orang suruh... pending task untuk CM..kena cari mood dan masa yang sesuai..nanti...


Rakan-rakan yang berminat boleh jalan-jalan ke SITE Panitia Sejarah CM untuk laporan Sambutan Hari Kebangsaan tu.. 

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 66 & HARI MALAYSIA KE 60  PERINGKAT SEKOLAH SMK TUN HAJI ABDUL MALEK TAHUN 2023


Rakan-rakan dijemput untuk melawat Panitia Sejarah sekolah CM.. moga bermanfaat.....



 SITE Panitia Sejarah SMKTHAM 

Sekian...salam sayang....

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post