Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

POSTMORTEM TRIAL SPM SEJARAH - KUNJUNG BANTU UNIT SAINS SOSIAL JPN MELAKA KE SEKOLAH - SUATU PERKONGSIAN AMALAN BAIK#5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Salam Kaizen!!  



Hari ni tadi 11 Jan 2023 (Rabu) ..CM really excited ...sebab sekolah telah mendapat kunjung bantu dari team Unit Sains Sosial JPN Melaka, beberapa SISC+ dari PPD Melaka Tengah dan dihadiri juga Puan PKP, semua GKMP, KP Pend Moral sekolah dan CM sebagai juru teknikal share segala slide presentation..jadi orang belakang tabir.... dan juga wakil team Panitia Sejarah... (sekali lagi CM maklumkan...bukan KP... tapi insya Allah boleh membantu untuk data --sebab semua telah dibincangkan dalam Panitia kami...) Kebetulan rakan CM bercuti hari ni..atas hal kecemasan....

Dari kunjung bantu ini, kami dapat melihat intervensi selepas Percubaan SPM 2022 ini sesuai untuk diteruskan kepada kumpulan murid kami. Dan CM dah sedia dengan segala slaid sebab Postmortem peringkat Panitia Sejarah telah selesai 6 Jan 2023 yang lalu... dan kami buat penambahbaikan dari semua data yang ada... kami bincangkan intervensi dengan lebih detail...dan sedia untuk data-data Post mortem untuk sekolah pula pada 9 Jan 2023. Kebetulan... ada makluman yang ada kunjung bantu dari pihak JPN dan Unit Sains Sosial..dan CM rasa apa yang dah disediakan memadai ..malah pn PKP telah siapkan juga kompilasi untuk semua laporan Panitia serta slide yang lengkap....malah siap dengan gambar!!! Masya Allah.... memang rasa excited..dalam perkongsian tersebut... CM dapat belajar sesuatu..dan sekarang CM sedang detailkan lagi analisis... untuk digunakan untuk Program Intervensi Panitia yang seterusnya...iaitu Klinik Sejarah.....bakal dilancarkan..Jumaat ni... 13 Jan 2023....




Jadi CM dapat rasakan penambahbaikan yang dikongsikan oleh team kunjung bantu itu..akan terus kami realisasikan dalam Program Intervensi seterusnya ini...





Dan berita baik lagi...insya allah kami bakal terima sumbangan..untuk program ini... dari kumpulan yang akan dikongsikan kemudian... untuk digunakan dalam menjayakan program intervensi yang telah dirancang.... rezeki tau.... 20 sekolah di Melaka...bakal terima sumbangan ini.... semoga dapat meningkatkan lagi semangat guru-guru dalam persediaan menghadapi SPM 2022 tak lama lagi...


Semoga semua berjalan lancar...insya Allah... jom teruskan usaha...

p/s : Semoga apa yang didoakan akan kami capai dalam SPM sebenar... dan dapat kami jemput sekali lagi...wakil Unit Sains Sosial dan SISC+ PPD Melaka Tengah...hadir sama meraikan kejayaan anak-anak STHAM nanti.... doakan yang baik-baik ya....

Adakah anda dapat sesuatu....? 
Terima Kasih kerana sudi membaca....

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post