Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

POSTMORTEM TRIAL SPM SEJARAH - PENGIRAAN SASARAN GPMP - SUATU PERKONGSIAN AMALAN BAIK#4

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Salam Kaizen!!  


Sedang semangat tentang postmortem ni... mari CM kongsikan... sesuatu... bahagian pengiraan tentunya memeningkan kepala rakan-rakan...tapi kalau kita faham bahagian ni.. mungkin dah boleh la..kita buat target pencapaian untuk tahun SPM yang akan datang..

Jom mula...




Contoh :
Peratusan Cemerlang dan Peratus Lulus, datanya diambil dari data SPM/analisis SPM tahun sebelumnya...(selalunya data ni kita dapat dari JPN selepas pengumuman result SPM... baru guru-guru dapat..sebab nak kena buat analisis Post Mortem SPM)

sebagai contoh... bagi sekolah CM sendiri 

Peratusan Cemerlang SPM 2021 = 14.29%
Peratus lulus  = 79.23% 
GPMP = 5.69  ( Gred Purata Mata Pelajaran Sejarah)


Jadi kiraan untuk target SPM seterusnya... adalah  Peratusan Cemerlang + 1.5 (kenaikan 1.5% ...ini ikut JPN negeri masing-masing ya.... ) 

Peratus Lulus... of course la..kita kena target 100% lulus... mana boleh awal-awal target gagal kan....walaupun perkara itu amat memeritkan... lebih2... sekolah harian cam sekolah CM ni... tapi kalau dapat..mahu semua guru sejarah... kena bergolek-golek atas padang tu... tak percaya apa yang terjadi...ha..ha..ha....

Untuk bahagian GPMP pula... kita target kenaikan sebanyak 0.27 ( ini boleh ikut JPN masing-masing ya.... )  Jadi semakin kecil ... nombornya..semakin baik tahap Gred Purata tersebut... maksudnya...

kalau GP MP 0.23 ...contoh ya... ni mesti sekolah yang amat berprestij ni.. sebab kebanyakkan calonnya..dapat A+ dan A....

kalau GP MP ...nya... 8.77 (contoh ya... ) kebanyakkan calonnya dapat E dan Gagal....


Jadi... mana dapat tu...? ikut pemberat gred tersebut...(ni bahasa kampungnya la..sebab ni cuma perkongsian pengalaman CM yang tak berapa mahir...mengira ni... setakat perkongsian pengiraan yang betul setakat ni...) CM color ikut color code sekali .. boleh baca tentang Color code sini. yang telah CM aplikasikan sejak 2016.



Berbalik kepada GP MP tadi... kenaikan means kita nak lagi kecil gred purata tu... jadi kenaikannya adalah -0.27 ( ni kira kenaikan la... sebab kita nak lebih kecil...semakin kecil GP MP semakin baik... )

GPMP = 5.69  ( Gred Purata Mata Pelajaran Sejarah SPM sebelum)   - 0.27
            = 5.42 ( sasaran GP MP yang berikutnya.....)



Jadi kiraan untuk target SPM seterusnya... adalah  Peratusan Cemerlang + 1.5 (kenaikan 1.5% ...ini ikut JPN negeri masing-masing ya.... ) 


Berbalik semula pada pengiraan peratus cemerlang tu...

Peratusan Cemerlang SPM 2021 = 14.29%
Peratus lulus  = 79.23% 




Untuk sasaran kumpulan cemerlang tahun berikutnya...

Peratusan Cemerlang SPM 2021 + 1.5% = 14.29% +1.5% = 15.79%

Jadi 15.79% x calon pelajar SPM , contoh sekolah CM ada 280 calon SPM....

15.79     x 280  = 44.21 , makanya ada sasaran 44 calon cemerlang SPM...
 100

jadi calon yang lulus pula jika target 100% maka calon yang akan dapat selain Gred cemerlang adalah 

280 (jumlah calon SPM)  - 44 (calon cemerlang)  = 236 calon gred selain A+, A dan A-



Setakat itu perkongsian kali ini..sebelum CM lebih memeningkan kepala rakan-rakan semua...semoga beri manfaat pada yang baru nak mengira tu... bukan apa,,kena cuba dulu...buat pengiraan dan fahamkan...supaya apa yang kita ingin capai... bakal direalisasikan...


Salam Kaizen!!!! Continuous Improvement...





 

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post