Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

CERITA DI SEBALIK 10 TAHUN MENGAWASI SPM #amalanbaik

 



Assalamualaikum dan Salam Kaizen semua....

Rasa nak menulis entry kali ni yang rasanya dah sampai masa saya kongsikan Kenapa sampai 10X ...Mungkin pada rakan-rakan pembaca ...rasakan itu perkara biasa.... tapi pada CM ada cerita di sebaliknya...

Boleh rujuk di SINI --- untuk rekod Profile Penjagaan SPM -- ada masa ..mungkin akan upload juga surat arahan rasmi sebagai pengawas---Jika ada kelapangan...he..he..he...

Boleh rujuk SINI juga ... pengawasan ke-10 yang selesai dengan selamat di Sekolah ke-10 iaitu sekolah di belakang rumah CM... di SMK Bukit Rambai... selesai tugas atas kapal 


Nak dijadikan kisah... tahun 2009 CM merupakan GSTT - Guru Sandaran Tidak Terlatih selama hampir 3-4 tahun di sekolah tersebut.... ni macam sireh pulang ke gagang ,,,selepas 9 tahun perkhidmatan sebagai Guru Tetap...


Kenapa sampai 10X ..? Kisahnya bermula begini....

Seorang yang amat CM hormati dan merupakan mentor CM dalam mata pelajaran Matematik Tambahan semasa mengajar di SMK Bukit Rambai... juga merupakan Penyelaras Unit Peperiksaan... dari mula CM kenal 2009( semasa bertugas di sana ) dan sampai nak pencen ni insya Allah 2024--masih setia dengan profile tersebut... Beliau ini... Cikgu Yen Kim Wah pencetus kepada Kenapa sampai 10X ----CM mengawas SPM...




Begini Ceritanya...

Masa tahun 2009 tu.. CM bertugas sama membantu Mr Yen dalam unit peperiksaan tu..masa tu masukkan data QNET headcount..cam tu la seingat CM..

dan ada Mr Yen tanyakan CM.. macam ni la lebih kurang dialog tu...

Mr Yen : " Masrina... cuti ni ada pergi mana-mana tak?"

CM  : "Takde ke mana-mana ---area Melaka jer.."

Mr Yen : " Boleh jaga SPM kalau macam tu.."

CM : "Boleh jer...saya tak pergi mana-mana.." "Err... tapi boleh ker saya jaga SPM Mr Yen?"

Mr Yen : " Kenapa pula..?"

CM : " Saya ni GSTT ---guru kontrak jer.. boleh ker saya jaga SPM..?"

Mr Yen : " Yer ke cikgu GSTT...? Saya nampak macam cikgu ni dah macam lama mengajar... dan macam cikgu dari UPSI..."

CM : " Wah..ia ke..cikgu...? " "Kalau cam tu ...kalau saya jadi cikgu tetap nanti...saya akan jaga SPM....", sambil gelak-gelak....tapi saya sematkan dalam hati....

Dan saya ada menanamkan niat ..(lebih kepada nazar..) masa tu tak fikir berat agaknya...nazar saya tu... Jika ada rezeki saya untuk jadi guru tetap ..saya akan nazarkan untuk jaga SPM 7x....( 7x jer..masa tu...) , saya juga maklumkan pada mak...waktu tu... mana ler tahu saya tak sempat selesaikan nazar...(tak panjang umurnya).. mungkin ada yang kena selesaikan nazar saya nanti....

Nak dijadikan cerita selepas 3-4  tahun berkhidmat sebagai GSTT ... saya telah ditawarkan untuk ke Program DPLI (Diploma Pendidikan Lanjutan Ijazah) di UPSI... dan saya berjaya lulus dengan cemerlang.... (Nampak tak...kebetulan orang Melayu kata..Masin mulut Mr Yen....ha..ha..ha.....) ye la..rezeki saya tu...

Jadi saya yang memegang kepada nazar saya tu(baiah---perjanjian)... dan kebetulan tahun pertama saya bertugas di sekolah saya sekarang ni... saya dapat menjadi pengawas SPM tahun 2014...

Tahun berikutnya... dan seterusnya... saya akan volunteer... dan ada tahun ( beberapa tahun) saya standby mengganti rakan-rakan guru yang tidak dapat mengawasi SPM atas masalah-masalah tertentu.... saya dengan rela hati mengawas SPM...malah sentiasa menunggu-nunggu kedatangan SPM....ewah....





Dan setiap kali saya jaga SPM..saya tanamkan niat... nak tengok sekolah lain... dan berada dalam SISTEM pelaksanaan peperiksaan itu sendiri... dan merasa aura " semasa student menjawab SPM tu" dan sambil2 berdoa untuk murid-murid sendiri....ini la masanya saya bercuti...(dalam erti kata---berehat dari masuk ke kelas ..he..he..he...)---kadang-kadang exam ni ada dalam sesi persekolahan... kadang-kadang dalam waktu cuti juga....


dan sampai ke kali yang ke 7---- dan kemudian ....sampai ke X ke 10...kalau dikira...ada lebih 10 sebab ada sekali saya mengawas SPM (Ulangan) ...maksudnya 2x mengawas dalam tahun yang sama...


Jadi ...itu pengalaman yang saya cari sepanjang tahun... dan dalam menjadi "khadam ummah" insya allah semoga diterima Allah...segala usaha yang dilakukan... dalam bergelar seorang pendidik....

Cikgu Yen pun...nak pencen awal 2024...jadi sampai masanya... saya ceritakan di sini... dan terima kasih kerana mencetuskan minat sebagai pengawas SPM dan terbentuk la..portfolio saya selama saya menjadi guru 9 tahun ini.....


Jadi saya harap rakan-rakan pembaca mendapat sedikit manfaat dari perkongsian saya... yang mana saya memang sangat suka dalam mengawasi SPM...selain dapat ramai kenalan... dapat bercuti di sekolah yang lain... dapat pengalaman dalam pelaksaan sistem peperiksaan itu sendiri... dan semuanya dipermudahkan.... syukur... 


p/s : Perkongsian Amalan Baik saya ...Saya baru menjadi guru tetap 9 tahun... terima kasih kerana sudi membaca...ambil yang positif saja yer... membaca amalan mulia...

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post