Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

9 HARI LAGI MENJELANG 1 SYAWAL- DAH SIAP PERSIAPAN RAYA???


Assalamualaikum dan Salam Kaizen semua kepada rakan-rakan....

Sekadar perkongsian resepi rendang ayam CM ni... boleh cuba masak-masak dulu ni buat berbuka...kalau ok boleh la simpan resepi ni untuk raya yer...

Kalau cerita pasal rendang ni.... memang setiap malam sebelum raya baru CM akan buat persediaan untuk masak ni....boleh kata malam sebelum raya tu la... buat rendang ayam, rendang atau sambal daging.... rebus nasi impit.... dan buat 2-3 jenis kuih...

Melampau tak perancangan tu... tapi itu ler CM setiap tahun... belum lagi cerita.. hari last kita puasa suami masih niaga di bazar ramadan... lepas berbuka... rehat2 sebentar..dah keluar pula jalan-jalan ke MITC cari baju raya...semua berposak last minit..

Mentang-mentang CM dan suami dari Melaka.. kami di rumah sendiri... pagi-pagi raya baru ke rumah mak..sambil bawa portion rendang..rumah sendiri.. since nanti ramai berkumpul di rumah mak... jadi... boleh la ramai-ramai tu menjamu selera apa yang ada....



Ni video yang CM rakam tahun lepas... boleh ler..korang jalan-jalan channel CM...


Apa-apapun semoga dipermudahkan semua urusan rakan-rakan tahun ni...ya..mana yang nak balik beraya ke kampung ...dah siap segala perancangan... dan jangan lupa...sampul duit raya...


Lupa pula...ni resepi dan bahan-bahan untuk persediaan rendang ayam....


Resepi : Rendang Ayam

________________________ 

Bahan-bahannya adalah (untuk 3 ekor ayam sederhana besar -anggaran 1.5 kg/seekor


Bahan kisar A (semuanya dihiris terlebih dahulu) dan semua bahan dikisar serentak.


1 labu bawang putih (anggaran 10 ulas )

3 biji bawang besar

3 biji bawang merah

6 inchi Kunyit

6 inchi Halia

4 inchi Lengkuas

5 batang Serai 

20 tangkai cili padi/akar


Bahan kisar B : asingkan


15 cili kering –anggaran satu mangkuk kecil 

Gunting/buang biji cili -

Rendam dalam air panas 

Dan kisar halus


Bahan-bahan lain :


3 ekor ayam sederhana 

(anggaran ayam 1 kilo lebih seekor)

4 helai daun kunyit

8 helai daun limau purut

3 keping asam gelugur/asam keping

Garam secukup rasa

Sedikit perasa

2 kilo santan

150 gram kerisik


Bahan penumis :


2 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

Minyak secawan

6 sudu makan rempah kari ayam/daging


Selamat mencuba.... Jangan lupa Komen, Share, LIKE dan SUbscribe Channel CM Kaizen.. 


Semoga bermanfaat...

Salam Kaizen, means Continuous Improvement...



Terima kasih sudi membaca... corat-coret CM...


****Catatan ditulis pada 9/4/2023 @ Ahad 2.01pm

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post