Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

PERCUBAAN WITHDRAWAL GAP PUBLIC GOLD - BERJAYA

 

                   Design yang kena dengan bulan Ramadan ni... CM buat kenangan/simpanan



Assalamualaikum..dan Salam Kaizen semua....CM nak kongsi satu lagi percubaan CM yang telah berjaya... CM suka baca dan cuba ilmu-ilmu yang ada dikongsikan..dan ambil sedikit risiko dari pengalaman yang cuba CM cari ni..

Macam berbelit-belit pula rasanya...


Ok.. CM sekadar untuk berkongsi.. dan CM bukan agen tau... semua simpanan ini adalah secara online yang CM cuba sendiri... ini merupakan "Withdrawal Pertama" daripada simpanan GAP - Gold Accumulative Program dari Public Gold dan semua transaksi yang CM buat secara online...jadi kali ni CM test untuk withdrawal 2g ... 1g x 2 each design yang CM pilih untuk emas 999 --- tak pasti berapa harga pasaran sekarang ..yang pasti CM bukan beli terus..ia adalah simpanan secara ansuran ... selama beberapa bulan-- ingat -lupa--ingat --lupa..ingat..tambah sikit2.....



Paparan surat beranak 1 g 999 ni --- beserta nombor sirinya





tak sangka pula ada free gift -- untuk folder menyimpan 1g ni...




ini pula..kenangan /hadiah dari sahabat CM yang baik hati --- awak tahu ..awak sapa... terima kasih tau..







ni lah paparan online Public Gold dan ada maklumat GAP untuk Goldbar dan Silver.. nanti ada masa nak try Silver pula... paparan tersebut akan bertukar-tukar mengikut pasaran dunia.. 






Ni kempen yang sedang berjalan sekarang...






Ni akaun GAP CM...






sekarang ni tinggal tu jer..bakinya---- kita tak boleh keluarkan semua--since kena pastikan ada 1g sekurang-kurangnya dalam akaun untuk memastikan akaun ni aktif ya...semuanya adalah perkiraan emas 999





ni sedikit contoh statement yang latest... ada duit sikit..CM beli 1 g--- ada duit sikit... CM beli ikut RM... so dapat la..berapa berat yang berkadaran dengan RM tu.. cam tu la... sikit-sikit..yang bestnya... harga tu kita dapat secara accumulative---- maksudnya masa mahal kita beli..masa murah kita beli...end up kita dapat harga purata... bagi GAP akaun kita tu... 








ni contoh transaksi masa CM buat withdrawal
nak sangat cuba-- sampai dah malam buta test lagi...
Kalau nak guna duit pula.. boleh jer kita buat "SELL" ..jadi duit akan dimasukkan ke akaun yang link dengan GAP dalam 3 hari bekerja...
senang kata ..kalau CM ni ada duit belanja jer.. kalau dah tukar dalam bentuk GAP ni... lama sikit simpannya...he..he..he...


ini ...idaman lepas ni.. tapi nak minta duit raya dari en Suami... harap-harap dapat ler.. since ni 1 dinar bersamaan 4.25g x ler harga semasa 999 tu nanti... kalau ler..dapat...bestnya...

CM ada beberapa dinar sebelum ni... yang tu CM beli secara fizikal ..dan bukan melalui GAP sekarang ni.. maksudnya CM beli di Public Gold sendiri..jika di Melaka ni ...di kawasan Taman Merdeka,,Batu Berendam... berdepan dengan Public Bank .. KLIK SINI untuk lokasi cawangan Public Gold seluruh Malaysia..dah CM tukarkan jadi peti ais la..TV la.. jual terus ke Public Gold.  Masa jual dinar beli Peti ais --CM belum ada ilmu Al-Rahnu lagi(pajakan emas)... jadi ambil pengajaran sendiri... maksudnya sekarang...bila nak pakai..CM tukarkan jadi duit dulu..di Al-Rahnu(Pejabat Pos).


Ada banyak pilihan design untuk peminat koleksi Public Gold.. kalau boleh semuanya CM nak ....he..he..he,... insya Allah.. semoga terus istiqamah.. bukan apa kalau CM dah takde.. anak2..boleh ler..bagi-bagi..sorang berapa keping.. tak payah nak rebut-rebut dan jual tanah... (tu yang ada dalam fikiran sekarang)....








Ada banyak lagi design menarik selain di atas..rujuk SITE PUBLIC GOLD ni boleh dijadikan hadiah untuk rakan-rakan yang nak bersara ker.. atau hadiah pada anak-anak...atau tukarkan duit raya anak-anak untuk simpanan jangka panjang... dalam bentuk emas fizikal ni...


Ok ..la.. tu sekadar perkongsian CM yang daif ni... orang dah simpan beratus-ratus gram.. CM masih dalam peringkat awal... yelah... emas insya allah boleh dibeli... tapi CM nak kukuhkan dengan ILMU emas juga untuk dikongsi pada anak-anak...atau rakan... (ada gaya agen tak..? )--Tapi tu la...CM bukan agen tau... sekadar sedikit perkongsian... pengalaman..yg ciput ni..


Untuk maklumat lanjut boleh lawati SITE RUJUKAN ni yang menerangkan lebih lanjut tentang Gap dan Public Gold ni --since mereka tu agen --- yang CM pula masa buka akaun CM main masukkan ajer code agent yang CM baca masa tu.. (en Syukor Hashim--rupanya jutawan Public Gold-Melaka),..sebab CM sangat berminat dengan bacaan ilmu emas dari blog beliau. Sekarang ni saya suka baca perkongsian di Facebook beliau.





Adakah anda dapat sesuatu..dari perkongsian ni... semoga ada manfaat... sekian...

Baca juga ....  HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ATAS TALIAN DAN PENYERAHAN KE DALAM AKAUN PEMBELI - Rujukan di sini 

p/s : Orang lelaki pun boleh simpan ni... since boleh simpan dalam wallet/folder yang sesuai...

Mesti ramai yang senyum sinis... setakat ni jer.. yang saya boleh kongsikan... pada saya ia lebih kepada perkongsian pengalaman dan sedikit ilmu yg saya ada...

--Seperti kata-kata arwah rakan saya, Cikgu Putera... Ilmu adalah untuk dikongsi----Bukan untuk disimpan di peti besi----


***Penulisan ditulis pada 8 April 2023 @12.40 tgh,Sabtu -  17 Ramadan 1444 Hijrah, waktu withdrawal GAP sampai di rumah...

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post