Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

BENGKEL ASAS PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA KOLEJ KOMUNITI JASIN,MERLIMAU

 


Edisi 1: 


Assalamualaikum dan Salam Kaizen semua...!!!

Hari ini ...CM terlibat dengan bengkel asas pembangunan bahan bantu mengajar dan secara khususnya mempelajari asas Kursus Smartphone Photography di Taman Rama-rama dan Reptilia, Ayer Keroh, Melaka.

Kursus ini adalah anjuran JPN Melaka dengan kerjasama Kolej Komuniti Jasin, Merlimau.

Kursus yang menarik ini dikongsikan oleh tenaga pengajar professional iaitu Tuan Syed Muhd Hafez Al-Idrus Bin Syed Mohamed. 

Pada pandangan CM yang tiada asas mengambil gambar ni... (selalunya ambil gambar main tangkap muat ajer...) kursus ini amat menarik serta memberi pendedahan bagaimana sesuatu gambar dapat dijadikan subjek penceritaan yang menarik dan dapat membantu CM dalam membina/ membuat bahan bantu mengajar seperti gambar slaid dan juga paparan video yang menarik. 


Kursus dihadiri seramai 28 orang guru dari 3 daerah di negeri Melaka dan Pn Nor Azilah Azmil selaku Urusetia dan wakil Kolej Komuniti serta En.Irwan Affendy dari Unit Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPN Melaka dan Tn Badrul Hisham dari PPD Melaka Tengah.


Design by MASRINA BINTI MUHAMED Moe



Selepas taklimat , kami semua dibawa masuk ke Taman Rama-rama dan Reptilia untuk aktiviti melepaskan rama-rama. Aktiviti ini amat menarik perhatian CM, dimana semua yang terlibat menerima 1 botol kaca yang mengandungi rama-rama yang cantik!!! 



Kredit kepada petugas Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka yang terlibat dengan sesi perkongsian hari ini - Aktiviti melepaskan rama-rama



Buat masa ni...CM share footage Pn Madhavi A/P Shilvaraj dari SK Kem GerakKhas yang duduk di sebelah CM dalam kelas tadi (dan of course kami duduk di hadapan sekali..)... 






credit to : footage Pn Madhavi A/P Shilvaraj dari SK Kem GerakKhas





credit to : footage Pn Madhavi A/P Shilvaraj dari SK Kem GerakKhas






            credit to : footage Pn Madhavi A/P Shilvaraj dari SK Kem GerakKhas



dan footage dari Pn Ong Siew Yin yang hadir dari sekolah yang sama dengan CM dari SMK Tun Hj Abdul Malek...tak sangka cikgu Ong sangat kreatif dalam fotografi dan ada bakat terpendam ni....he..he..he...



 credit to : footage Pn Ong Siew Yin dari SMK Tun Hj Abdul Malek





 credit to : footage Pn Ong Siew Yin dari SMK Tun Hj Abdul Malek




 credit to : footage Pn Ong Siew Yin dari SMK Tun Hj Abdul Malek



Untuk perkongsian kali ini, CM nak share dapatan dan output dari pembelajaran hari ini mengenai elemen fotografi dan Elemen Kompisisi yang telah CM hasilkan dan secara peribadi CM berpuas hati dengan hasil bidikan camera HP CM dengan menggunakan sedikit pengetahuan asas fotografi yang dipelajari hari ini dan memasukkan elemen komposisi. Ini baru permulaan pada CM dan banyak lagi yang boleh kita explore rupanya dalam bidang fotografi ni... dan ini dapat mencungkil kreativiti dalam diri individu yang terlibat. Tapi bila free nanti CM nak kongsi juga beberapa footage rakan-rakan kursus yang sangat menarik..mungkin mereka sudah ada pengetahuan sedia ada dan mungkin juga ada pengalaman dalam fotografi dan sesungguhnya mereka semua sangat kreatif dan memang CM happy dan dapat mencuci mata walaupun cuma melihat gambar-gambar yang dikongsikan tanpa mengenali owner hasil karya tersebut. (ada masa nanti CM naikkan hasil footage yang menarik perhatian CM tu...)








Terima kasih untuk perkongsian ilmu yang bermanfaat hari ini. Terima kasih kepada pihak penganjur JPN MELAKA dan kerjasama KOLEJ KOMUNITI JASIN,MERLIMAU yang mengadakan Bengkel Asas Pembangunan Bahan Bantu Mengajar hari ini....

insya allah akan CM gunakan dalam kegiatan dan urusan CM yang berikutnya....Semoga akan memberi manfaat juga kepada murid-murid CM nanti.... 



Sijil diterima dari KOLEJ KOMUNITI JASIN, MERLIMAU disampaikan oleh Tn Syed Hafez



Sempat bergambar sebelum balik dengan cikgu Ong Siew Yin 




Tq cikgu Ong... gambar ni menampakkan CM kurus dari sepatutnya... ha..ha..ha..





Rakan-rakan yang melawat Melaka ..jangan lupa singgah ke Taman Rama-rama dan Reptilia, Melaka cuma bersebelahan dengan Tol Ayer Keroh Melaka ... mesti anak-anak seronok untuk explore serangga, reptilia yang ada di sana.



Terima kasih kerana sudi membaca....semoga bermanfaat...
Jumpa lagi dalam catatan seterusnya....

Salam Kaizen...Means Continuous Improvement...


Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post