
Assalamualaikum dan Salam kaizen semua.... sementara ada kelapangan menulis beberapa entry... CM masih rasa belum berapa boleh move on...
Masih terasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 yang diadakan di MITC, Ayer Keroh Melaka. Setiap sambutan hari guru di negeri akan berulang 15 tahun sekali.... jadi ini peluang yang CM tunggu-tunggu untuk bersua dengan rakan-rakan guru yang bakal berkunjung ke Melaka sebagai penerima anugerah dalam sambutan hari guru tersebut dan mungkin rakan-rakan terdiri dalam delegasi-delegasi PPD dan JPN setiap negeri dan sahabat-sahabat (adik-beradik Akademi Youtuber Malaysia khasnya).
Jadi CM dan rakan telah mengisi borang untuk menjadi pempamer di reruai (booth) Google For Education yang berada di antara Booth Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) dan BSTP Putrajaya (Unit Dasar Pendidikan Digital).
Makanya kami bertugas dengan penuh semangat memberi penerangan kepada pengunjung yang lalu di ruang pameran tersebut dan semestinya dapat melihat secara lansung ke pentas utama dewan A (yang ada reruai McD tu) kerana booth tersebut terletak di sebelah kiri pentas dan sangat berdekatan dengan booth kami.
Bergambar bersama Tuan Mohd Yusri Bin Seman(posisi tengah), Tuan Pegawai PPD Melaka Tengah
Bergambar bersama Pn Hjh Sabariah Ibrahim (GPK SMK Tun Tuah) dan mantan Pengetua SMK Tun Tuah (Tn Hj Adnan Bin Nordin) serta En Ramli Bin Abdullah (dua dari kiri-Pengetua SMK Munshi Abdullah (mantan pengetua kami di SMKTHAM)

Bergambar bersama Dr Elly, JPN Melaka dan rakan Edufuencer/ Google Certified Educator, Google certified Innovator (GCI) cikgu Khalijah Binti Dosah dan rakan Eduflencer dari Melaka.
Terima kasih kerana sudi membaca...