Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

VLOG Kembaraan Koboi 2023-Edisi 3 - Gua Musang - Kuala Krai ke Kota Bharu

 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Salam Kaizen!! 

CM akan sambung penulisan coretan perjalanan seterusnya dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai...dan seterusnya ke Kota Bharu ....CM nak merakamkan dan mencoretkan perjalanan Pengembaraan Koboi 2023 - Edisi 3 ... untuk bacaan CM, anak-anak dan sesiapa yang sudi membaca coretan CM ni...



Terdapat Hentian Makan - Resort -Muse EcoPark berdekatan Stesen Keretapi Gua Musang laluan neghala ke Kuala Krai


Selesai melawat Masjid Tun Razaleigh Hamzah di Gua Musang, seterusnya kami terus gerak ke Kota Bharu ....perjalanan kiri dan kanan masih dipenuhi pemandangan hijau....Hingga sampai ke persimpangan Kuala Krai dan Dabong... suami meneruskan perjalanan ke Kuala Krai...katanya...lain kali insya Allah ada rezeki boleh ke Dabong pula..... kali ini CM banyak melihat jalan sahaja kerana tidak pernah sampai ke kawasan ini... Kami menghala laluan ke Kuala Krai pada pukul 10.37pagi @Khamis (31 Ogos 2023) dan kemudian tiba di Kuala Krai pada pukul 12.18 tgh (semua catatan masa dan belanja direkodkan oleh Fadhil dalam buku catatannya....) Ini memudahkan CM mengira kos belanja perjalanan setelah selesai setiap pengembaraan.... Mengisi lagi petrol di Petrol pam Kuala Krai sebanyak RM50.00 dan Fadhil belanja ais krim dalam meneruskan perjalanan ke laluan ke Kota Bharu ... Kami belum lagi makan tengahari ... tunggu signal dari en Mat untuk cari mana-mana kedai makan yang berdekatan...katanya...cari makan di kawasan yang menghampiri Kota Bharu nanti.... 

Laluan di kawasan Machang Che Mat membuat pusingan U apabila ternampak kedai Nasi Ulam Che Ku..memang ramai yang singgah ke situ... banyaknya ulam yang disajikan... dan lauk-pauk pun masih banyak lagi... masing-masing mula la memilih lauk masing-masing... Raudah ambil semangkuk siput sedut..dan kami ambil pelbagai lauk yang ada.... lebih kepada merasa-rasa... suami pun memilih ikan bakar...dan mengambil pelbagai jenis ulam..tak sempat nak ambil gambar... since nama kedai tu telah di google oleh Atikah... maka boleh merujuk ke google map - Food & drinks kedai tersebut... semua dah kelaparan ...selalunya begitu la..masa makan tak dibenarkan pegang hp...tu yang CM sendiri lupa nak merakam atau snap gambar hidangan makan tengahari... apa yang penting belanja untuk makan kami...dikira murah... untuk 5 orang dan termasuk air cuma RM56.00 ... memang kata orang Kelantan ni syurga makanan yer.... dan memang murah... 


Meneruskan perjalanan ke Kota Bharu... nampak tempat namanya Kok Lanas, Kadok ...dan pelbagai nama lagi...akhirnya sampai ke laluan menghala ke Pantai Cahaya Bulan .... semua laluan dah dalam kawasan Kota Bharu... besar kawasan KB ni... dan CM pernah sampai ke KB , 6 tahun lepas pada tahun 2017 apabila membeli kereta yang CM naiki ke KB Persona -Kuda Hitamku...tapi kemudiannya terus ke Rantau Ranjang. Jadi Kembaraan kali ini, CM nak ke Pantai Cahaya Bulan... dan melihat sendiri kawasan tersebut....


Kembaraan Koboi -Edisi 2-3- Pantai Cahaya Bulan by MASRINA BINTI MUHAMED Moe



Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post