Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

VLOG Kembaraan Koboi 2023-Edisi 2 - Raub - Kuala Lipis- Gua Musang

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Salam Kaizen!! 

Sementara CM masih teringat-teringat perjalanan pengembaraan Koboi yang lepas  CM akan sambung penulisan coretan perjalanan seterusnya dari Raub melalui Kuala Lipis ke Gua Musang. CM nak merakamkan dan mencoretkan perjalanan Pengembaraan Koboi 2023 - Edisi 2 ... untuk bacaan CM, anak-anak dan sesiapa yang sudi membaca coretan CM ni...


Khamis 31 Ogos sambutan hari Kemerdekaan kali ke-66 kami dah bangun seawal pagi untuk meneruskan perjalanan ke Gua Musang....


Kami mulakan perjalanan pada 7.25 pagi..menuju ke Benta pada 8.13 pagi... kami sampai ke laluan tepi sebelum masuk Pekan Jerantut pada 8.45 pagi..dan terpaksa tunggu lama di laluan berikut...kerana adanya kemalangan antara 2 biji kereta... semoga mereka baik-baik sahaja dan dipermudahkan urusan mereka...nampaknya beberapa kereta melakukan pusingan U...kerana tunggu terlalu lama di laluan tersebut...bila CM semak Google Map..mereka mungkin ikut laluan kedua ke Padang Tengku, Kuala Lipis.. jalan alternatif untuk menuju Merapoh --sempadan Gua Musang...

Tapi kami tetap bersabar sehingga laluan jalanraya kembali berfungsi.... Kami meneruskan perjalanan melalui kebun-kebun dan kampung-kampung yang damai --- kali pertama CM dan keluarga melalui laluan tersebut.... dan akhirya sampai ke kawasan Merapoh pada pukul 9.30 pagi. Tak terasa lama perjalanan kami kerana sibuk melihat dan meninjau kawasan-kawasan dilaluan ekspedisi kami... 

Laluan ke Gua Musang dihiasi dengan lestari alam gua batu kapur...dan tumbuhan menghijau... syukur laluan tersebut kami lalui pada waktu pagi...jadi dapatlah menikmati keindahan alam... Cuaca pula nampak cerah ...tetapi tidak panas ....dan selesa.

Kembaraan Koboi -Edisi 2 by MASRINA BINTI MUHAMED Moe  - laluan KM ---141km menghala ke Kota Bharu.


Akhirnya kami tiba ke destinasi pertama yang ada dalam senarai lawatan yang suami impikan. Che Mat ingin bawa kami semua ziarah Masjid Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang yang juga dikenali kerana mengambil Model Masjidil Haram di Mekah. Pembinaan masjid ini merupakan idea Tengku Razaleigh Hamzah dan punyai 8 kubah seperti Masjidil Haram.






Jom kita ziarah masjid ni... dulu ..

 



Kenangan kami di Masjid Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang

Kembaraan Koboi -Edisi 2-1 by MASRINA BINTI MUHAMED Moe


"Selamat jalan Gua Musang...insya Allah kami ziarah lagi...." ....kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu....

Kembaraan Koboi -Edisi 2-2 by MASRINA BINTI MUHAMED Moe

Seterusnya kami terus gerak ke Kota Bharu ....perjalanan kiri dan kanan masih dipenuhi pemandangan hijau....

Hingga sampai ke persimpangan Kuala Krai dan Dabong... suami meneruskan perjalanan ke Kuala Krai...katanya...lain kali insya Allah ada rezeki boleh ke Dabong pula.....

Bersambung.....


Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post