Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

PROGRAM SMART 2.0 SEJARAH SPM 2023



Assalamualaikum...dan selamat sejahtera..salam Kaizen... masya Allah rindunya nak menulis dalam blog kesayangan ni... CM dihujani dengan kesibukan duniawi... masya Allah.... satu per satu selesaikan tugasan... insya Allah ada kelapangan CM akan tulis back dated...lebih kepada rujukan sendiri... 


Syukur... tahun 2023 merupakan tahun kedua sekolah CM - SMK Tun Haji Abdul Malek mendapat sumbangan Management and Science University (MSU) dan PPD Melaka Tengah untuk PROGRAM SMART 2.0 SEJARAH SPM 2023.  ( BACA SINI untuk Program Teknik dan strategi menjawab Sejarah sumbangan MSU 2022)



Kali ini penceramah adalah Cikgu Nor Iman Bin Shawal dari SMK Kg Gelam, yang juga merupakan JU Sejarah Negeri Melaka.....serta merangkap Penceramah Teknik Menjawab SPM Sejarah SM Melaka mulai 2018.


CM terlibat sebagai AJK Teknikal..sediakan persediaan peralatan pandang dan dengar.... dan CM dibantu juga oleh anak-anak Bridget Bestari STHAM... dan team pengawas Siaraya PSS STHAM... terima kasih semua... 


Terima kasih juga kepada Tuan Pengetua, Pn Norlia (PKP) dan SISC+ PPD Melaka Tengah ,En J Sham Bin Wahid serta Pn Hjh Rohaizan Binti Othman serta wakil pegawai MSU Pn.Fazilatul Rabaniah Binti Jamaludin yang sama-sama dalam program hari ini. Program juga turut dilawati oleh Pegawai Pendidikan PPD Melaka Tengah En Mohd Yusri Bin Seman yang turut sama memberikan semangat kepada calon SPM 2023 STHAM dalam persediaan calon menduduki SPM Kertas Sejarah berbaki 154 hari lagi... (paper Sejarah 5/2/2024). Turut sama adalah rakan Panitia Sejarah STHAM diketuai oleh KP Sejarah , cikgu Siti Hafidzah Abidin... dan rakan-rakan panitia sejarah turut sama bekerjasama dalam menjayakan program tersebut... Syukur..segalanya berjalan seperti yang dirancang....


Gambar-gambar sepanjang program ... untuk tatapan dan kenangan kita semua... 





terima kasih semua... kerana sudi membaca....

Jumpa lagi dalam perkongsian berikutnya....

Salam kaizen!!!!

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post