Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

TEMASYA BAHASA 2023 DRAMA MBMMBI (SEKOLAH MENENGAH) - KEPUTUSAN RASMI

 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan Salam Kaizen!!! 

7 September 2023 CM terlibat dalam Pertandingan Drama Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka 2023. Kali ini CM bertugas sebagai Pegawai Teknikal ICT bersama cikgu Nor'Ashikin Hashim selaku Pegawai Teknikal Drama. Turut menjayakan program tersebut adalah pasukan Sekolah Pengelola dari SMK Air Molek yang diketuai oleh GPK KoKu, Pn Elly Darliza dan Penyelaras Program En Bakhrul Nizam Bin Che Mansor  telah memberi komitmen sejak awal pertandingan bermula secara bersemuka pada 18 Julai yang lepas. Sekolah pengelola telah mendapatkan Dewan SMK Dang Anum di Merlimau Melaka sebagai dewan pementasan Drama yang digunakan kali ini. Semuanya berjalan seperti yang dirancang dan kami turut mendapat Juri-juri hebat dan awesome yang didatangkan khas 3 daripadanya dari UPSI dan 2 daripada Juri dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. 

Juri-juri hebat adalah :

En Zolkipli Bin Abdullah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selaku Ketua Juri

En Norhan Fahmi Bin Ahmad Mahmud dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

En Mazli Bin Abdul Rahman dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

dan En Amsalib Bin Pisali dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

En Mohd Naquiddin Bin Tajul Ariffin  dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)




Terima kasih kerana sudi memberi pandangan dan berkongsi ilmu dengan Team Drama Melaka. Moga dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Copy of Black and Grey Minimalist Modern Elegant New Album Woman Fashion Poster by MASRINA BINTI MUHAMED Moe

Sangat teruja menunggu pertandingan Akhir ini....sebab kali kedua bersemuka untuk Pertandingan Drama dan 5 Finalis Drama memang hebat dan insya Allah dah bersedia untuk memberi persembahan All Out mereka...

Sekolah Finalis terdiri dari pasukan Drama mengikut giliran dari 

1. SMK TUN HAJI ABDUL MALEK 

2. SBPI SELANDAR

3. SMK PERNU

4. SMK GHAFAR BABA

5. SMK AIR MOLEK

Memang terbaik anak-anak ini serta guru-guru yang terlibat dalam persediaan menyertai pertandingan kali ini dengan mengangkat Tema Drama 2023 iaitu ABC - Anak yang Baik lagi Cerdik. Sesungguhnya CM dapat simpulkan pertandingan Ko Akademik ini dapat mencungkil bakat murid-murid dalam bidang lakonan dan memperkembangkan lagi pengalaman mereka dalam meningkatkan keyakinan diri dalam beraksi di khalayak ramai serta berjaya menjiwai watak dengan baik .....Malah mereka berjaya menyentuh hati penonton dengan pembawaan  watak yang sedih...sehingga ada penonton yang mengalirkan air mata mungkin terkesan dengan penyampaian para pelakon yang sangat menghayati watak masing-masing... hebat sungguh anak-anak ini..... dan ada pelakon yang berjaya mencuit hati .... penonton terus terpukau menonton persembahan mereka dari awal hingga akhir. Selain itu kerjasama yang utuh dalam kalangan pasukan yang bertandingan memang layak dipuji kerana dalam masa yang diberi mereka dapat bekerjasama menyelesaikan tugasan dalam masa yang diberikan.... Hebat sungguh!!!


Tidak ketinggalan, kali ini En.Khairiman Bin Khazali, Penolong Pengarah,Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Melaka selaku Pegawai yang menyelaras semua Pertandingan dalam Temasya Bahasa 2023 turut sama hadir sebelum Juri membuat keputusan pertandingan. Dalam kesibukan beliau, sempat CK menjenguk kami di Dewan Besar SMK Dang Anum.... terima kasih CK.


Insya Allah ada kelapangan CM akan masukkan gambar dalam SITE Drama Temasya Bahasa 2023 masih kumpulkan gambar dari guru-guru pengiring yang ada... kebetulan hp CM buat hal pada hari kejadian... nasib baik ..dapat juga CM rakamkan video-video penyertaan yang juga akan CM release dalam SITE Temasya Bahasa Drama 2023 selepas tamat Pertandingan Drama Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan pada 19-22 September di Kuantan, Pahang. Dengan Tagline .... Pahang, Kami...Datang.... semoga segala yang terbaik untuk Pasukan Negeri Melaka bagi tahun 2023 ini.....


Rakan setugas PT dan PICT Drama MBMMBI


Sedikit Gambar yang ada untuk tontonan----

Gambar Kenangan-1 by MASRINA BINTI MUHAMED Moe



Pengumuman keputusan Akhir - Juara !!!

Copy of Copy of Black and Grey Minimalist Modern Elegant New Album Woman Fashion Poster by MASRINA BINTI MUHAMED Moe

Keputusan Muktamat DRAMA MBMMBI (SEKOLAH MENENGAH) : 



Terima Kasih kerana sudi membaca coretan CM kali ini... memang penuh aktiviti bulan september 2023. Doakan CM dan semua rakan-rakan kekal bersemangat sehingga muncul bulan Oktober 2023 - untuk meneruskan perjuangan Trial SPM 2023 Sejarah.


Salam Kaizen!!!! Means Continuous Improvement...



Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post