Nature Assalamualaikum ...Salam Kaizen!!! Selamat Datang ke Blog Perkongsian Maklumat ke arah Pendidikan Digital - Yu.CM Kaizen

VLOG Kembaraan Koboi 2023-Edisi 1 - Melaka ke Raub

 




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Salam Kaizen!! Sementara CM punyai waktu senggang ni (kaki sakit...akibat jatuh tergelincir malam tadi...) -tapi hati kuat ingin menuliskan coretan perjalanan kali ini. CM nak merakamkan dan mencoretkan perjalanan Pengembaraan Koboi 2023 - Edisi 1 ... untuk bacaan CM, anak-anak dan sesiapa yang sudi membaca coretan CM ni....


Kali ini perancangan Che Suami menghala ke pantai Timur... dalam hati... ada rasa seronok sebab kami dah tunggu selama 5 hari bermula cuti sekolah pada 26 Ogos (sabtu)  ke 30 Ogos 2023 (Rabu) , anak CM sendiri terlibat dalam kelas tambahan di sekolah... dan CM sendiri juga terlibat dalam Program Cuti Sekolah- Kem Akademik pada 30 Ogos 2023 (RABU, BACA SINI).

Selepas kem akademik CM pulang dari sekolah Che Suami ajak ke Bandar Melaka untuk servise kereta...dan minta pandangan bila kami nak mulakan perjalanan...adakah selepas Asar ataupun nak mulakan pada pukul 3.00pagi nanti... 

Selepas Asar...terus kami berkemas ala kadar...bawa mana keperluan yang diperlukan...untuk anggaran 5 hari perjalanan... semestinya kami bawa toto, selimut dan bantal2..extra..sebab kami tak buat booking mana-mana penginapan... hotel atau home stay... kebiasaannya kami terus adhoc dan cari on the spot...jika perlukan hotel ( tapi jangan ikut kami ...sebab yg paling muda..anak CM umurnya dah 10 tahun). Kalau ada baby pastinya... perlu ada perancangan yang lebih detail agaknya.. untuk memastikan semua perancangan dan perjalanan berjalan lancar...


Panjangnya mukadimah... ...

Selepas Asar... suami CM nyatakan nak ke Gua Musang, Kelantan... walaupun CM sekadar dengar..rasanya CM tak kisah jalan mana-mana...asalkan bersama keluarga... kali ni percutian/Pengembaraan Koboi kami tidak disertai anak sulong...sebabnya Hafiz baru memulakan Semester Ke-3 di Kolej Professional Mara, Melaka. Maka nampaknya kereta sedikit selesa..ada 3 penumpang di belakang, Che Suami sebagai driver keseluruhan perjalanan...dan CM sebagai penunjuk arah...a.k.a pembaca signboard atau Google Map jika diperlukan....dengan kata lain...sepanjang perjalanan..CM tak kan tidur..sebab masa ni la..nak lihat tempat orang kan....


Perjalanan kami bermula dan niat bermusafir----keluar dari kawasan Bukit Rambai Melaka pada 5.40 petang menuju ke Tol Simpang Empat, Alor Gajah ... henti untuk mengisi minyak di Petronas Simpang Empat... tak banyak...cuma RM30.00 jer... dan top up TnG untuk RM50.00 akan digunakan sepanjang laluan tol yang berkenaan.


Perjalanan ke Seremban selesa dan cepat melintasi Highway Seremban. Pada pemerhatian CM...tak banyak sangat kenderaan mungkin ramai dah pulang bercuti sejak awal...dan CM pula mulakan perjalanan hari rabu..malah dah petang pula tu... maka selepas melepasi Tol Sg Besi...kami teruskan perjalanan menghala ke Tol Gombak... dan CM perasan kami melalui jalan bertingkat namanya SUKE Highway (Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway) ...korang boleh tengok link di situ...since hp CM masa tu dah kehabisan bateri...minta anak snap gambar dalam perjalanan nampak KLCC pun tak diambilnya...dah la pemandangan malam tu amat cantik ---- bulan penuh.....alahai anak... dah siap dah Tol jalan bertingkat yang baru... gayat dan kagum juga CM..hebatnya teknologi manusia yang dah dijalankan di Malaysia.... hebat rasanya dapat melepasi banyak kereta yg lalu di jalan utama di bawah... mungkinkah kerana baru dibuka...??? Nampaknya belum ramai pengguna highway bertingkat tersebut.... CM pun kurang pasti...tapi yang pastinya ada 3 station tol TnG yang berkadaran RM2.30 di setiap station tol perlu dibayar untuk kereta.... pada CM yang tak selalu guna jalan tersebut... maka amat berpatutan dan mengenangkan berapa banyak pulak jumlah yang telah dilaburkan oleh kerajaan demi pembangunan negara dalam memastikan infrastruktur jalan raya yang maju dapat disediakan.Banyak masa dapat dijimatkan....ni


Perjalanan diteruskan ke Bentong, Pahang.... dan melepasi laluan terowong Genting Sempah... dah mula hujan lebat... CM pun tak berapa nak nampak laluan.... melepasi laluan terowong..nampaknya kereta dah mula perlahan kerana terdapat batu-batu yang jatuh dibawa air hujan di tepi laluan keluar terowong tersebut.... bagi pengguna yang selalu lalu di situ terdapat air terjun di kawasan tersebut.... Semua kenderaan berhati-hati kerana batu yang jatuh tu..besarnya ada..seperti kepala budak.... kalau kena cermin kereta...adoi..takde ampun ler... bahaya... 


Selepas melepasi cabaran tersebut... Che Mat, Suami CM bawa kereta berhati-hati...sehingga terlepas laluan masuk ke Bentong..kerana sangat yakin...laluan yang dia lalu tu merupakan laluan ke Bentong... mungkin kami dah lalui jalan baharu agaknya...ha..ha..ha... jalan terus lagi...nampaknya ke Raub la..kami bermalam nanti...lagi 35km sampai la kami ke Raub.... pusing-pusing bandar Raub...nampak persediaan Sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal berlansung pada keesokan harinya... maksudnya malam merdeka kami dah sampai ke Raub... lupa pasal makan bila dah bermusafir ni... pusing sekali lagi pekan Raub... kami berhenti di satu kedai yang rare nampaknya... nama kedai tu Malaya Kopitiam ... kami merupakan antara pelanggan yang akhir..sebelum tutup kedai nampaknya... 

Kembaraan Koboi -Edisi 1 by MASRINA BINTI MUHAMED Moe



Lepas masing-masing dah kenyang... kami mula teruskan perjalanan ke laluan Kuala Lipis...dan nampak la hotel untuk penginapan.. terus masuk ke laluan hotel Agro Raub untuk dijadikan persinggahan dan tanyakan bilik untuk menginap... Syukur ada kekosongan untuk 1 double + 1 single (RM150.00) dan ditambahkan lagi sarapan pagi untuk 3 orang  ..boleh la...kalau adhoc macam tu.. tu pilihan terbaik... dah lebih 12.00 malam...Tidur dulu dan rehat sebelum sambung ke next journey esoknya... ke Gua Musang....




Bersambung...


Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post